Sabtu, Oktober 24, 2009

kaU & aKu

assalamualaikum...

ehm...smlm dpt jgOk mnahan mata tgk KAU & AKU...

hehehe...smpai hbis pulOk 2...

ok lah cite 2...mle2 slOw gle je tgk...

smpai nk trtidO dpn tv tu...hehehe...

tp ble time nyanyi2 mata cerah smule...

hehehe...pe pun...ok lah story nye...


SINOPSIS:

KAU & AKU telah diadaptasi daripada format drama hiburan popular yang berasal daripada Venuzuela dan telah menjadi suatu fenomena di sana. Bayangkan, dalam tempoh 6 minggu, drama muzikal ini telah mendapat sambutan penonton dan menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat. Muzik video yang dimuat naik di You Tube mendapat hits yang luar biasa!

Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton muda juga tontonan seisi keluarga, Kau & Aku menonjolkan kehidupan remaja yang diceriakan dengan lakonan hebat dan nyanyian terbaik serta aksi tarian yang menghiburkan.

Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka duka sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila & Akim memutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangka dek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati.

Elemen romantis, sedih, geram dan lucu melengkapkan drama disamping lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati.

Tiada ulasan:

~hidup muzik only~