Khamis, September 24, 2009

3mma Mal!ssa


REDHA KETENTUAN ILAHI
Namun hajat menggunakan nama itu untuk anak sulung mereka tidak kesampaian apabila bayi berusia tujuh bulan dalam kandungannya meninggal dunia pada 10 April lalu. Segala persiapan menyambut kelahiran anak sulung mereka yang dijangka bayi perempuan sudah dilakukan.Pelakon filem, drama dan duta produk itu berkata, dia dan suami tabah menghadapi ketentuan ditetapkan Ilahi untuk mereka dan menganggapnya sebagai satu rahmat Allah. "Mungkin Allah ada perancangan lebih baik untuk setiap umat-Nya dan siapa tahu doa untuk dikurniakan cahaya mata baru dimakbulkan pada masa depan. Saya tidak patah semangat kerana ramai beri sokongan terutama keluarga, rakan dan peminat. "Saya terharu kerana peminat mengikuti perkembangan saya melalui facebook. Ada meminta kebenaran menamakan anak perempuan mereka sempena nama arwah dengan mengatakan nama itu sangat indah. "Saya masih menyimpan kad ucapan dihantar seorang pelajar wanita tidak dikenali identitinya dan dia mengarang puisi mempunyai baris kata-kata begitu menyayat hati dalam bahasa Inggeris. "Rangkap puisi itu saya bacakan kepada ibu dan ibu mentua, menyebabkan kami berlinangan air mata. Saya sayu dengan kata-kata semangat diberikan peminat kerana ramai beri sokongan moral ketika kesedihan."Imaginasi puisi diluahkan melalui tulisan memberi makna seolah-olah seperti perjalanan hidup seorang anak perempuan bercerita mengenai hidupnya kepada seorang ibu."Ia menusuk hati dan fikiran malah mendorong kami supaya lebih matang menilai hidup apatah lagi kehilangan orang bermakna menguji tahap keimanan dan kesabaran ketika begitu kepingin menimang anak. Ujian itu sangat hebat dan benar-benar menguji kesabaran," katanya.

Tiada ulasan:

~hidup muzik only~